Thứ Ba, 8 tháng 11, 2011

“Tidur Saya Tak Lena Kerana Amy Search” – Hazama AF9

“Percaya atau tidak, gara-gara principal Amy Search, siang saya jadi tidak menentu, tidur malam saya jadi tidak lena,” ujar Hazama Ahmad Azmi, 29, atau lebih dikenali sebagai Hazama juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) bercerita mengenai pengalamannya bekerjasama dengan bekas pengetua AF9.

Manakan tidak, jikalau sebelum ini hubungan dua generasi ini berpaksikan hubungan pengetua dan anak murid, dirinya seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa impiannya selama ini untuk berduet dengan lagenda Rock tersohor negara akhirnya berjaya direalisasikan menerusi lagu single, ‘Simetri’ duet dengan Amy Search.

Dalam pada keterujaannya bekerjasama dengan idola pujaan hati sedari kecil lagi, Hazama walaubagaimanapun turut mengakui lebih selesa dan banyak berhubung dengan isteri Amy, Norish Hassan bertanyakan segala perihal mengenai perkembangan penghasilan lagu tersebut disebabkan terlalu segan dengan figura Rock yang satu ini.

“Saya mengakui kerap berinteraksi dengan Kak Norish berbanding principal Amy kerana terlalu segan. Malah sehingga ke hari ini, saya masih lagi segan duduk mahupun berdiri di sebelah penyanyi pujaan saya ini,” akui Hazama ketika ditemui pada majlis Pra tonton klip video, ‘Simetri’.

Daripada pemerhatiannya sepanjang bekerjasama dengan Amy, Hazama menyifatkan Amy seorang yang sangat komited dan serius namun seorang yang suka berkongsi ilmu pengetahuan.

“Principal Amy ini tengok saja serius, pendiam, tapi kalau kalau sudah berborak-borak, banyak benda berguna dibualkan. Dia tidak lokek ilmu dan saya rasa seronok mendengarnya. Perkongsian ilmu itu seakan meniup semangat saya agar melangkah lebih jauh dalam bidang seni,” jelas pemuda kelahiran Perak ini lagi.

Mendapat hasil sentuhan komposer tersohor, Audi Mok serta susunan lirik hasil nukilan Zei Firdhaus, ‘Simetri’ yang juga merupakan single kedua Hazama selepas lagu ‘Cinta Teragung’ tidak hanya menampilkan dua generasi Rock bergabung dalam di bawah satu rumpun yang sama malah turut menyaksikan kemunculan pujaan Rock masa kini, Faizal Tahir, selaku pemain gitar untuk lagu ‘Simetri’.

Jangan lupa saksikan klip video Hazama dan Amy Search, ‘Simetri’ yang akan ditayangkan pada 12 November 2011, 6 petang, eksklusif di Astro Ria saluran 104. Memang terbaik!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến