Thứ Ba, 8 tháng 11, 2011

Maya Karin Covergirl Untuk Keluaran Pertama Majalah ENF.

ENF atau dikenali sebagai Entertainment & Fashion merupakan kandungan online berkonsepkan majalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Didokong oleh barisan team editorial yang muda belaka, mereka berjaya mengeluarkan edisi pertama E&F dengan penampilan istimewa, iaitu Maya Karin sebagai covergirl.

Menjejaki semula sejarah ENF, majalah yang diketuai oleh editor juga rakan media, Faizal Harun bertungkus lumus menyediakan konsep serta material bagi menghidangkan kandungan segar buat pembaca sekalian. Sekilas pandang, tahap profesional majalah ini pasti membuatkan anda tidak menyangka bahawa majalah ini diedarkan secara percuma. Sebenarnya tidak pelik, apatah lagi jika diambil kira Faizal Harun mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penerbitan majalah.

Memetik kata-kata Faizal kepada editor OHBULAN! minggu lepas, “Aku rasa excited sangat sebab konsep majalah online ini sudah tentu memberikan wadah baru buat pembaca dimana mereka kini semakin terbuka dalam berfesyen.”

Edisi pertama ENF memuatkan 82 mukasurat dengan paparan topik menarik seperti 20 Acu Gaya 2011 Luruh/Dingin, 10 Tips Emosi Solekan & Aroma dan kisah eksklusif Maya Karin. Bukan itu sahaja, ENF turut memuatkan kisah selebriti tempatan serta antarabangsa dalam sub topik hiburan berserta cerita-cerita di belakang tabir bagi sesebuah filem.

Apa lagi, layarkan kursor anda ke ENF sekarang!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến