Kontroversi yang melanda penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bagaikan satu bah yang tidak henti-henti melanda dirinya, bagaikan satu sumpahan. OHBULAN! melihat riak wajah pemain ini jelas tertekan terutamanya ketika perlawanan Malaysia menentang Bahrain tempoh hari. Apakan tidak, dia menjadi mangsa kritikan orang ramai berikutan 5 keping foto mesra bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Shida disebarkan secara eksklusif dalam sebuah laman blog, bertepatan dengan tarikh perlawanan kelayakan Olimpik.
Foto-foto tersebut turut mengandungi 2 keping screenshot yang mempunyai unsur ugutan yang kononnya ‘wanita tersebut’ akan bertindak membongkarkan rahsia pemain ini. Hairannya, foto-foto tersebut telah dihantar oleh individu tanpa identiti kepada beberapa laman blog yang lain atas tujuan yang memang mencurigakan. Bagaikan satu komplot!
Mengambil kira komitmen dan jasa Khairul Fahmi yang selama ini mengharumkan nama baik Malaysia di persada dunia, OHBULAN! dengan segera menghubungi Khairul Fahmi bagi memberikan peringatan agar dia dapat menghadapi situasi ini dengan lebih bersedia.
Memetik kata-kata di perbualan telefon tempoh hari, wakil OHBULAN! menyatakan kepada Khairul Fahmi, “Apek, aku rasa ada orang nak jatuhkan kau sebab kami baru sahaja terima beberapa foto serta sreenshot daripada email yang tak dikenali. Aku cuba cari identiti orang ni, tapi tak berjaya. Daripada pihak OHBULAN!, aku tak akan keluarkan foto-foto ini kerana tak nak mengaibkan kau. Tapi, aku tak pasti sama ada web-web lain pun buat benda yang sama. Jadi, aku harap kau bersedia lah.”
Ya, Khairul Fahmi agak tergamam. Namun dia berjanji akan menghubungi OHBULAN! sebaik sahaja perlawanan Malaysia Vs Bahrain tamat.
Keesokan harinya, atau lebih tepat, hari Ahad. Wakil OHBULAN! menerima 1 SMS yang daripada Khairul Fahmi agar menghubungi dirinya semula. Tanpa melengahkan masa, wakil kami yang ketika itu baru sedar daripada tidur lena segera mencapai telefon.
“Bro, ada satu blog ni dah keluarkan foto-foto tu. Sudahlah game malam ni, tup kena hentam dengan benda macam ni,” adu Khairul Fahmi kepada OHBULAN!
“Sabar bro, apa pun kau bagi penjelasan kepada orang ramai mengenai situasi ni elok-elok. Fokus dulu pada game malam ni, kami akan berikan sokongan padu pada kau,” balas OHBULAN! ringkas.
Banyak lagi topik yang kami bincangkan, namun ada perkara tertentu yang perlu dirahsiakan.
Teguran
Sebagai personaliti yang menjadi idola ramai, sudah tentu ada sesetengah individu yang iri hati melihat kejayaan penjaga gol ini. Mungkin juga, ada pihak yang sudah lama berdendam dan ingin melihat kejatuhan empayar yang dicipta oleh empunya nama Khairul Fahmi.
Skandal Bill Clinton & Monica Lewinsky, Bekas Presiden Itali Silvio Berlusconi & gadis bawah umur sudah cukup menjadi pengajaran besar buat Khairul Fahmi agar beringat sebelum kena. Wajar juga, Khairul Fahmi menggunakan khidmat penasihat profesional agar tidak terjerumus dalam perangkap sendiri.
Sudah-sudah lah
Khairul Fahmi juga manusia biasa, punya hati & perasaan. Ditimpa kontroversi sebegini mungkin secara tidak langsung boleh menjejaskan emosinya. Dia juga mempunyai ahli keluarga, teman & peminat, dimana hati setiap individu ini perlu dijaga.
OHBULAN! dengan tulus ikhlas turut merayu kepada individu berkenaan (you know who you are) supaya hentikanlah tindakan mengaibkan orang ini. Cukuplah awak bebankan dia dengan pelbagai tomahan dan cacian daripada orang ramai. Berikan ruang buat Khairul Fahmi!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét