Thứ Sáu, 25 tháng 11, 2011

Pengarah ‘Shutter Island’, Martin Scorcese Ditipu Gadis Bawah Umur!

Hai apa sudah jadi dengan dunia hari ini, kalau bekas Perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi ditipu, dikikis, ‘dijatuhkan’ oleh gadis bawah umur, pengarah berprolifik kelas A, merangkap all time favourite director, Leonardo DiCaprio, Martin Scorcese pula dapat nasib yang lebih kurang sama. Ditipu gadis bawah umur!

Tapi dalam kes ini, nasib Martin agak baik bukan kontroversi, memandangkan dia hanya ditipu oleh pelakon cilik yang membintangi filem ‘Kick Ass’ sebagai ‘Hit Girl’, Chloe Moretz!

Insiden ‘tipah tertipu’ atau boleh jadi ‘Martin tertipu’ ini berlaku ketika Martin sedang mencari pelakon untuk filem arahannya, ‘Hugo’, yang telah menemukannya dengan bintang cilik berusia 14 tahun itu dan menyangka Chloe adalah aktres kelahiran Inggeris padahal dia sebenarnya dilahir dan dibesarkan di AS.

Ketika sesi audisi filem tersebut di New York, Martin menyangka Chloe aktres Inggeris memandangkan pelakon tersebut sering menggunakan aksen British dan Martin yang tidak pernah menonton filem lakonan Chloe sebelum ini percaya bulat-bulat bahawa chloe adalah orang inggeris.

“Sepanjang sesi ujibakat, Martin ingatkan saya orang Inggeris kerana dia tidak pernah menonton filem-filem saya sebelum ini. Dia juga tidak pernah melihat ‘Kick Ass’,” ujar Chloe berseloroh.

Hanya selepas sesi ujibakat, barulah Chloe kembali menggunakan akses AS dan ia jelas membuat Martin terkejut.

Whoa, so you’re American? tanya Martin. Dan saya kata, ‘I am,‘ lalu Martin membalas, ‘You fooled me kid,’

“Saya jawab, ‘I did fool you, but it worked‘,” terang Chloe lagi.

‘Hugo’ adalah sebuah filem drama penggembaraan 3D adaptasi novel karya Brian Selznick, ‘The Invention of Hugo Cabret’. Selain Chloe, filem arahan Martin ini turut dibintangi oleh Ben Kingsley, Sacha Baron Cohen, Jude Law, Emily Mortimer dan ramai lagi.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến