Setelah mengumumkan perpisahannya dengan Ashton Kutcher baru-baru ini, Demi Moore nampak gayanya sudah bersedia mengorak langkah menjadi ‘janda hot’ buruan Hollywood apabila dikatakan sudah berani keluar dengan jejaka baru.
Menurut maklumat yang diperolehi dari ShowBizSpy, Demi dilihat keluar makan malam dengan seorang lelaki misteri pada Sabtu lalu di sebuah restoran eksklusif, Tower Bar.
“Demi kelihatan sangat cantik ketika dan tidak seperti seorang yang cuba menyembunyikan dirinya dari media meskipun ketika ini sudah tentu media akan memburunya gara-gara perpisahannya dengan Ashton. Demi kelihatan seakan sudah bersedia jadi perhatian,”
“Dia dan pasangannya dilihat sedang berbual mesra namun tidak juga dilihat seperti sedang bercinta,” ujar sumber yang berada di tempat kejadian pada hari tersebut.
Beberapa laporan terkini menyatakan keretakan rumah tangga Demi dan Ashton sebenarnya terjadi sudah sekian lama.
Salah satu sumber menyatakan bahawa Ashton sudah lama memasang niat untuk berpisah dengan Demi namun menanti biar Demi yang mengakhiri perhubungan tersebut.
“Ashton memang sudah bersedia mengakhiri hubungan tersebut sedari dulu lagi. Dia sayangkan Demi tapi tidak boleh hidup bersama lagi,”
“Jika soal perbezaan umur yang jadi ukuran, ianya salah Demi bukan Ashton. Persoalan demi persoalan dan keraguan berterusan dari Demi membuatkan Ashton menyampah,” ujar teman terdekat pasangan tersebut.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét