Setelah berbagai siri ‘patah hati’, akhirnya salah seorang wakil kepada pelakon filem ‘the Dark Knight Rises’, Anne Hathaway telah mengesahkan pelakon berusia 29 tahun itu telahpun mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya sejak 2008, seorang pereka barangan kemas juga aktor, Adam Shulman.
Anne dan Adam mula berpacaran sejak November 2008, iaitu selepas lima bulan Anne berpisah dengan teman lelaki penuh ‘kontroversi’ Raffaello Follieri yang kini sedang meringkuk dalam penjara.
Perpisahannya dengan ejen hartanah yang sepatutnya berakhir dengan sebuah perkahwinan indah ala-ala puteri seperti filem-filem lakonannya yang bertema ‘princess’ sebelum ini telah membuatkan Anne mengambil keputusan menyendiri buat seketika namun pertemuannya dengan Adam, serta merta merubah perancangannya.
“I am very much in love with him, Adam totally ruined my plan, I was really actually looking forward to a little alone time, and then i fell in love like a fool!”
Ahad lalu, pelakon ini dilihat memakai sebentuk cincin berlian ketika berjalan bersama Adam di Brooklyn Park. Menurut E! News, cincin pertunangan tersebut direka hasil kolaborasi Adam dengan Kwiat Heritage Jewels.
OHBULAN! : Alahaiii untung badan dapat bakal suami tauke barangan kemas, anytime minta design barang kemas ikut suka hati.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét