Berita baik buat peminat Zee Avi yang berada di Penang. Pihak penganjur Livescape akan mengadakan konsert Zee Avi’s Homecoming Tour awal sehari daripada tarikh asal, iaitu pada 18 November bertempat di Straits Quay Convention Center. Konsert di Penang akan bermula pada 8 malam dengan harga tiket permulaan iaitu RM78 (Pra Jualan), RM98 (Di Pintu Masuk) dan RM158 (Premier).
Buat anda yang berada di sekitar Kuching, Zee Avi akan mengadakan konsert pada 26 November 2011 di bekas bangunan Dewan Undangan Negeri. Konsert di KL pula mengekalkan tarikh dan tempat yang sama iaitu pada 17 November 2011 di KL Live, Kuala Lumpur.
Harga tiket untuk ketiga-tiga lokasi adalah sama. Info lanjut di AsiaRedtix.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét