PKR berjanji akan menyediakan masa depan lebih baik, yang bakal menjanjikan kesejahteraan berasaskan rencana ekonomi baru – mengayakan setiap rakyat “tanpa memilih bulu” jika diberi peluang menerajui Putrajaya.
Rencana ekonomi baru itu merangkumi tiga strategi yang bakal digunakan oleh pihaknya termasuk pendekatan melindungi kepentingan para peneroka Felda.
Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, “cara kita ialah dengan merumus dasar ekonomi yang memberi perhatian kepad usaha-usaha meningkatkan pendapatan seisi rumah rakyat dan mengurangkan bebanan kos sara hidup supaya setiap bulan lebihan pendapatan boleh guna rakyat membolehkan rakyat hidup selesa dan menabung demi masa depan.”
PRK tegas beliau, adalah parti pertama yang menyasarkan pendapatan isu rumah minimum RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga dalam tempoh lima tahun jika berkuasa.
“Anjakan minda ini adalah senjara kita yang paling ditakuti elit kekuasaan kerana mereka tahu permainan ekonomi perkauman boleh sahaja dipatahkan dengan mudah,” katanya lagi.
Tambah beliau, kerajaan mereka bersama Pakatan Rakyat akan melaksanakan gaji minimum RM1,000.
“Sebaik sampai di hujung medan tempur kelak, amanah utama ialah pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,000 setiap pekerja seperti yang dijanjikan kepada rakyat kerana ia strategi utama mengangkat pendapatan minimum isu rumah kepada RM4,000 dalam tempoh lima tahun,” katanya.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét