Tak perlulah OHBULAN! sebutkan nama mereka berdua kan? Sudah pasti anda semua sudah tahu siapa. Mana taknya, suratkhabar tempatan yang popular pun sudah tulis mengenai mereka berdua ini beberapa hari lepas, apa lagi blog-blog hiburan tempatan.
Alkisahnya, di satu majlis anugerah berprestij, dua orang pelakon popular ini digandingkan. Seorang veteran, seorang lagi pelawak hiburan. Siapa yang tak kenal dengan pelakon veteran ini, kalau dijadikan juri untuk mana-mana program realiti, mulut dialah yang paling lancang mengkritik. Untuk kebaikan katanya.
Lain pula kisahnya disini, artis veteran ini terasa dengan pasangan pengacaranya yang kerap menjadikan dirinya bahan lawak. Artis veteran ini turut memberitahu akhbar tempatan bahawa dia kecewa dengan pelawak ini yang dirasakannya merendahkan martabat dan bakat yang ada pada diri si artis veteran ini. Aik, tak boleh dibuat lawak rupanya.
Bukan OHBULAN! tidak kisah dengan hal ini, tapi semua orang tahu bahawa pelawak hiburan itu memang begitu. Melawak adalah kerja mereka, jadi bersedialah sebelum diri anda dijadikan bahan lawak. Setahu OHBULAN!, sebelum ini lebih ramai senior-senior yang pernah mereka jadikan bahan lawak, tapi dapat diterima pakai dan dijadikan positif.
Yang menariknya, OHBULAN! turut ternampak tweet dari seorang selebriti diva yang terkenal berbunyi,
Slm. 20 tahun dulu ko Malukan A*! A* saman ! But Tuhan Duga A*! A* kalah ! Ko menang! Now?
Nampaknya, artis veteran ini ada sejarah lama dengan selebriti lain rupanya. Betullah apa orang cakap, what goes around comes around.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét