Thứ Năm, 24 tháng 11, 2011

“Kami Tak Persoalkan Kemenangan Yuna, Tapi Datang Pertahankan Hak” – Edry Abdul Halim

“Kami tak persoalkan kemenangan Yuna, tapi datang untuk pertahankan hak sebagai orang yang berhak ke atas anugerah ini. Kami tak menafikan bakat Yuna malah apa yang terjadi ini dianggap sebagai satu perkara yang positif dalam industri. Apabila ada kesilapan terjadi, ianya dengan segera diperbetulkan,” jelas Edry Abdul apabila ditanyakan mengenai pandangan terhadap isu pemulangan trofi Lagu Terbaik AIM 18.

Edry turut menyatakan bahawa dia rasa bersalah terhadap Yuna, serta rasa gugup untuk berhadapan dengan Yuna di sidang media yang berlangsung di Hotel Maya, lewat petang tadi.

“Saya rasa bersalah untuk datang sini, tetapi ini berkaitan dengan maruah artis sendiri yang sepatutnya berhak. Sepanjang 20 tahun saya terbabit dalam industri ini, ini adalah kali pertama situasi terjadi. Ini bukan soal artis lama atau artis baru, tetapi hak kepada yang layak berdasarkan penjurian.”

“Bagaimanapun, saya memuji keberanian yang datang ke sini dengan penuh bermaruah dan ini adalah sesuatu yang patut dipuji terhadap artis, lebih-lebih lagi artis baru.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến