Thứ Ba, 29 tháng 11, 2011

Luna Maya Tinggalkan Ariel Peterpan?

Dua bulan, tempoh masa dimana Luna Maya tidak lagi melawat kekasihnya, Ariel Peterpan yang menjalani hukuman penjara di Kebon Waru Bandung atas kesalahan berkaitan pita seks mereka yang tersebar pada Jun 2010. Dikhabarkan pelakon penuh kontroversi ini sudah pun menemui teman lelaki baru menerusi sebuah rancangan televisyen muzik berjudul “Dashyat”, baru-baru ini.

3 tahun bersama sejak Disember 2008 dan ditimpa lagi dengan kontroversi rakaman video lucah secara tidak langsung menyebabkan Luna Maya mula berasa tidak serasi dengan Ariel Peterpan. Bagaimanapun, pengurus Peterpan, Budi Soeratman memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui status hubungan mereka kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.

Vitalia Ramona, pengurus Luna Maya pula memberikan alasan bahawa kesibukan Luna Maya menjalani rakaman filem di Jakarta menyebabkan aktres berkenaan tidak sempat bertemu Ariel. Pengurusnya turut menegaskan tempoh 2 bulan seperti yang diperkatakan itu adalah tidak tepat sama sekali.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến