Walaupun telah mencipta nama lewat siri filem francais paling popular di dunia, ‘Harry Potter’, namun aktor yang memegang watak sebagai Ron Weasley dalam filem tersebut, Rupert Grint masih tetap merendah diri. Disebabkan sikap ‘low profile’ ini jugalah yang membuatnya enggan membuka akaun Twitter seperti kebanyakan selebriti.
Menurt E!online, aktor berusia 23 tahun ini mengakui dirinya enggan dan segan mebuka akaun Twitter lantaran takut tidak ada yang mahu jadi ‘follower-nya’. Rupert merasa kurang yakin dirinya ada peminat meskipun sudah berstatus public figure.
Come on lah Rupert, sedangkanTengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, sudah ada akaun Twitter, takkanlah selebriti A-List macam dia ini tak ada kan? Benarlah kata orang keyakinan diri itu penting.
Psst: Teringat lawak Zizan masa AIM 18 hari itu, “Guna Twitter kena taip ringkas je, Kalau nak taip panjang berjela-jela, lebih baik guna Facebook”. Sebut pasal segan, tiba-tiba teringat lagu ‘Enggan’ nyanyia Fauziah Latif.. Perghh!!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét