KRU Studios & Technicolor mengikat perjanjian sebagai rakan strategik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan industri perfileman tempatan ke arena antarabangsa. Seiring dengan perkembangan teknologi, KRU Studios memandang serius untuk menerbitkan filem berkualiti Hollywood dalam bentuk 3D dengan menggunakan kepakaran daripada Technicolor.
“Apabila saya berkata tentang pengedaran produk digital, saya maksudkan produk filem yang akan ditayangkan pada platform digital. Bagi memastikan cita-cita KRU Studios tercapai, kami menggunakan kepakaran daripada Technicolor yang sememangnya dikenali dengan aspek teknikal sesebuah pengambaran 3D. Bagi mengikut peredaran semasa, Kru Studios bercadang untuk membawa Hollywood kepada Malaysia. Kami telah merangka pelan untuk menerbitkan 50 filem untuk tempoh 3 tahun akan datang, dan sebanyak 3-4 filem bertaraf antarabangsa,” ujar Presiden Kumpulan Eksekutif Kru Studios, Norman Abdul Halim di sidang media yang berlangsung di The Curve, Rabu minggu lepas.
“Pasaran global hari ini turut membuktikan bahawa penonton amat meminat filem yang berkualiti serta pengalaman tontonan 3D. Setelah berbincang dengan teliti, kami berpendapat ini lah masanya untuk maju ke hadapan dan bekerja dengan rakan strategik yang tepat. Pemilihan Technicolor sebagai rakan strategik juga dibuat atas dasar bahawa mereka mempunyai jaringan akses yang meluas di pasaran global.
Norman menambah lagi, “Bagi memperkukuhkan lagi strategi KRU Studios, kami akan terus menambahbaikan jalan cerita filem yang diterbitkan.”
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét