Thứ Hai, 7 tháng 11, 2011

Hans Isaac Puji Neelofa Pelakon Yang Komited.

Pengarah filem Hans Isaac memuji Neelofa sebagai pelakon baru yang mampu memberikan komitmen yang terbaik sepanjang pembabitannya dalam pengambaran filem Lemak Kampung Santan. Ia dapat dibuktikan melalui kata-kata Hans Isaac kepada wartawan OHBULAN! ketika ditemui di Wangsa Walk sempena tayangan filem Misteri Jalan Lama, Khamis lepas.

“Pengambaran selama 25 hari menyaksikan pelakon Neelofa amat komited & bersemangat dengan kerjanya. Apabila saya mengarah, dia boleh membawa watak yang diberikan. Setakat ini, pengambaran Lemak Kampung Santan berjalan lancar, cuma masalah hujan yang kerap merencatkan program. Namun, apa yang kita shoot memang cantik, saya sebagai pengarah amat berpuas hati.

“Sebelum ini, saya tak mengenali Neelofa sehinggalah diperkenalkan sendiri oleh Aziz M Osman di gimnasium. Aziz pernah berkata pada saya, “Eh, ko try la pakai budak ni, not bad jugak.” Bagi saya, setiap pertemuan ada sebabnya. Untuk filem Lemak Kampung Santan, saya dapat pelakon handalan yang lain seperti Awie, K Rahman, Adlin & Yasmin. Jadi, ini adalah peluang yang terbaik juga buat Neelofa untuk belajar teknik lakonan daripada pelakon yang lebih senior,” ujar Hans Isaac.

Filem Lemak Kampung Santan ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. Lambat sikit sebab kita kena ikut giliran kerana setiap minggu filem tempatan akan keluar di pawagam. Jadi, tunggu je lah,” tambah Hans Isaac lagi.

Filem Misteri Jalan Lama lakonan Hans Isaac & Que Haidar bakal menemui penonton pada 24 November 2011 ini.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến