Pertama kali mengarah drama, Sabru Yunus ternyata masih terkejut dengan kemenangan besar drama Sanggul Beracun apabila ia berjaya merangkul 4 trofi bagi kategori Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik dan Videografi Terbaik. Bagaimanapun, Sabri Yunus tampak kecewa apabila tonggak utama Sanggul Beracun lakonan Erra Fazira gagal membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011, Jumaat lepas.
Kecewa bukan kerana tamak dan tidak bersyukur, sebaliknya Sabri Yunus kecewa kerana Erra Fazira memberikan ‘lebih daripada apa yang dikehendaki’ sepanjang pengambaran Sanggul Beracun.
Mengulas soalan wartawan iaitu, ‘ Kebiasaannya apabila sesebuah drama dapat merangkul anugerah Drama Terbaik, sudah tentu pelakonnya dapat membawa pulang trofi Pelakon Terbaik. Sebaliknya, drama Sanggul Beracun gagal membawa pulang trofi buat tonggak utama, Erra Fazira. Apa komen abang?”
“Apabila Sanggul Beracun berjaya membawa kepulangan besar seperti ini, sudah tentu saya harapkan Erra Fazira dapat membawa pulang trofi. Erra pelakon yang sangat bagus, dia berikan lebih daripada apa yang saya mahu. Bagaimanapun, Erra tidak menang, jadi saya rasa agak kecewa.
“Namun saya tidak mempertikaikan kemenangan Umie Aida. Saya percaya Umie turut melakukan yang terbaik buat drama ‘Airmata Nur Salina’. “
Menyentuh kejayaan peribadi, Sabri Yunus mengakui bahawa kekurangan peluang serta keyakinan diri membuatkan dia lewat masuk ke bidang pengarahan.
“Sebelum ini saya banyak buat skrip untuk penerbitan berskala kecil seperti sitkom atau sketsa. Kalaulah saya tahu, sudah tentu sudah lama saya terlibat dengan serius dalam bidang pengarahan. Saya akui terlambat masuk ke bidang pengarahan, barangkali tak dapat atau saya sendiri tak cuba mencari peluang.
“Sebenarnya, Sanggul Beracun ini sepatutnya diarahkan oleh orang lain. Bagaimanapun, pihak produksi meminta saya mengarahkan drama ini kerana saya yang tulis, dan tahu apa kehendak skrip Sanggul Beracun. Kata orang produksi kepada saya, “Inilah masanya untuk kau cuba sendiri, skrip ni hanya kau yang faham”.
Sabri Yunus turut berkongsi cerita bahawa dia membayangkan Erra Fazira semasa proses penulisan skrip Sanggul Beracun ini berjalan.
“Saya larikan cerita ini daripada mitos asal supaya orang dapat bersimpati terhadap watak utama ini. Buat skrip sebenarnya tak lama, tapi nak dapatkan idea makan masa berbulan. Ketika menulis skrip, saya sudah membayangkan Erra Fazira. Bagaimanapun, saya fikir dia nama besar, sedangkan saya ini baru saja pertama kali mengarah.
“Alhamdullilah, Astro mempertemukan saya dengan Erra. Apabila Erra kata dia suka dengan cerita ini, baru saya tulis skrip penuh.”
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét