Thứ Ba, 22 tháng 11, 2011

Vokalis Iron Maiden Pencen, Berhenti Jadi Pilot!

Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada juga yang belum tahu. Tapi vokalis Iron Maiden, Bruce Dickinson yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “Fear Of The Dark” dan “Run To The Hills” ini sebenarnya adalah seorang pilot.

Baru-baru ini dikhabarkan, Bruce terpaksa berhenti dari bekerja sebagai pilot penerbangan komersial di sebuah syarikat bernama Astraeus Airlines. Syarikat ini mengalami kerugian disebabkan kekurangan pelanggan dan masalah teknikal. Ini memaksa mereka menutup perkhidmatan mereka dan buat masa ini, nasib Bruce Dickinson masih belum dipastikan.

Bruce Dickinson belajar mengendalikan kapal terbang seawal tahun 1990an dan kini dia memegang lesen penerbangan komersial. Bruce juga pernah beberapa kali menerbangkan kapal terbang Boeing 757 peribadi milik Iron Maiden iaitu Ed Force One.

Untuk pengetahuan, Bruce Dickinson adalah seorang penyanyi, penulis lirik, penulis, pelakon, juruterbang, penulis skrip, dan juga pengarah pemasaran. Agak menarik untuk seorang penyanyi metal bukan?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến