Hari bersejarah buat seantero komuniti Twitter dimana Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah membuka akaun rasmi Twitter di @HRHJohor2, lewat petang semalam. Dengan berslogankan ‘Kepada Allah, Kami Berserah’, Tengku Mahkota Johor dipandang umum sebagai seorang yang mesra dengan teknologi, juga mesra dengan rakyat. Seharusnya, rakyat jelata mengambil peluang ini untuk berhubung secara terus dengan Tengku Mahkota Johor dan dapat mengenali baginda dengan lebih dekat.
Dalam pada itu, Tengku Mahkota Johor turut menghantarkan tweet pertama baginda dengan kata-kata indah terhadap pemilik akaun @missfazura, sekaligus menjawab segala persoalan mengenai hubungan baginda dengan selebriti popular tanah air, Fazura.
Saat artikel ini ditulis, Tengku Mahkota Johor menerima lebih daripada 4000 followers yang teruja untuk berhubung terus dengan baginda. Daulat tuanku, sembah patik harap diampun.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét