Salah seorang ahli Big Bang, Taeyang mengakui berasa cemburu dengan kejayaan yang diperoleh oleh rakan selabelnya, Tablo.
Dalam satu temubual lewat program edisi spesial KBS Joy, Lee Sora’s Proposal, Taeyang meluahkan rasa hati yang dia iri dengan kejayaan Tablo yang berjaya menguasai carta iTunes Hip Hop Charts menerusi album barunya,
Malah apabila mengetahui Tablo menerima pesanan ringkas dengan emoticon ‘smile’ beserta ucapan tahiah daripada CEO YG Entertainment, Yan Hyun Suk, Taeyang dengan nada berseloroh menyatakan dia sendiri belum pernah menerima sebarang pesanan ringkas beserta emoticon daripada CEO tersebut seperti yang diberi kepada Tablo.
Selain luahan rasa iri kepada Tablo, Taeyang turut menceritakan tentang pahit maung yang dilaluinya selama dua tahun bergelar anak seni termasuklah kisah sewaktu dia menerima pesanan menyentuh hati daripada aktor Boe Tae Kyu yang telah membuatnya menangis.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét