Chủ Nhật, 13 tháng 11, 2011

Ning Baizura Peraga Aksesori Wanita Dari Itali, ‘Vabene’.

Beberapa minggu lepas, OHBULAN! telah dijemput menghadiri sesi pelancaran aksesori wanita dari Itali, Vabene. Sesi yang diadakan di Flora Ampwalk Jalan Ampang itu turut dihadiri oleh beberapa selebriti yang ternama.

Antaranya selebriti yang memperagakan aksesori ini ialah Ning Baizura. Untuk pengetahuan, dia akan mengadakan konsertnya pada 2 Disember ini di KL Live selepas kali terakhir dia membuat konsert pada tahun 1996. Atilia juga turut memperagakan jam buatan Itali ini yang betul-betul mencerminkan peribadi wanita yang klasik dan simple.

Tidak ketinggalan, model tinggi lampai yang pernah menyertai Miss World Malaysia 09/10 juga turut hadir memeriahkan lagi suasana pelancaran jenama Vabene di Ampwalk.

Thanuja, Atilia, Ning BaizuraNing Baizura At VabeneThanuja At Vabene
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến