Banyak memenangi anugerah tidak bermaksud anda boleh berlagak dan menjaja cerita sana sini. Itulah yang berlaku pada penyanyi, Anuar Zain.
Semalam, OHBULAN! berjaya menemui Anuar Zain di Majlis Makan Malam Amal Diraja bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC). Walaupun baru lepas memenangi 2 anugerah di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18), penyanyi ini tidak lokek dan tetap membuat persembahan untuk majlis amal.
Ketika ditanya samada ini adalah pencapaian terbaik dirinya, Anuar Zain yang popular dengan lagu “Lelaki Ini” pantas menjawab,”Kali terakhir saya dapat anugerah di AIM ialah pada tahun 2003. Alhamdulillah syukur selepas 8 tahun, saya sekali lagi diberi penghargaan di AIM 18,” ujar Anuar Zain memulakan perbualan.
Sebagai artis senior, Anuar Zain tetap menghormati artis-artis baru yang sedang meningkat naik dan menyatakan dirinya masih mahu belajar dengan tenaga-tenaga baru yang sentiasa tumbuh bak cendawan. Dia juga turut menyatakan betapa dia meminati suara Shila Amzah ketika ditemubual.
“Ada banyak benda boleh belajar dari orang baru. Jadi bila berkawan, boleh lihat lebih mendalam dan melihat penyanyi baru, saya boleh belajar banyak benda.”
Tambah Anuar lagi,”Usaha orang baru sangat hebat, saya tak puas untuk belajar. Penyanyi seperti Yuna, Azlan, Black dan Najwa Mahiyadin benar-benar membuat saya teruja. Tapi yang lebih penting, saya meminati suara Shila Amzah. I’m into Shila’s voice. Dia hebat.”
Heboh diperkatakan mengenai isu Anuar Zain tidak dilayan dengan baik oleh pihak penganjur sebuah anugerah sebelum ini. OHBULAN! sempat mendapatkan penjelasan dan respon dari Anuar Zain.
“Ia tak menjadi isu kalau saya tak kena interview, saya tak kisah pun. Lagipun, AIM dah buat yang terbaik. So, saya memang tak kisah dan lagipun saya sudah banyak kali di-interview sebelum ini. Saya memang tak kisah,” ujar Anuar Zain tersenyum mengakhiri perbualan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét