Kali terakhir bertemu penyanyi Nasyid dan Keohanian bersuara emas ini adalah pada Febuari lalu ketika ‘Maher Zain – Live In Concert’ di Stadium Malawati Shah Alam. Kini selepas hampir sembilan bulan, penyanyi kelahiran Pakistan yang menetap di Kanada, kembali dengan buah tangan terbaru, ‘I Believe’.
Album terbitan Awakening Records yang dipersembahkan di dalam bahasa Inggeris, Urdu serta diselitkan sedikit lirik bahasa Melayu ini memuatkan 13 trek lagu seperti ‘Waiting for The Call’, ‘Mabrook’, You & I’ termasuklah lagu ‘I Believe’ (feat Maher Zain).
Menariknya lagi, buah tangan kedua Irfan selepas album ‘Salam,’ (2003) ini telah berjaya terjual lebih 10 ribu unit sejak ia mula dipasarkan oleh wakil pengedar tempatan, Inteam Records dan Warner Music Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.
‘I Believe’ kini berada di pasaran dan juga boleh dimilki secara dalam talian menerusi laman web www.inteammobile.com pada harga RM27.90.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét