Thứ Hai, 14 tháng 11, 2011

Gossip: Artis Menang Anugerah Dilupakan Penganjur

Hendak dijadikan cerita, selepas selesainya majlis anugerah berpestij yang mengiktiraf karya anak-anak seni dalam bidang muzik khususnya hari itu di Anugerah Industri Muzik ke-18, pihak media pun beramai-ramai bergegas ke bilik media untuk menemubual para pemenang.

Kelibat tiga artis yang meraih beberapa anugerah perdana, seperti Datuk Sheila Majid, Yuna dan Najwa ada di dalam bilik tersebut namun dimanakan kelibat seorang lagi penyanyi lelaki yang telah memenangi dua anugerah pada malam itu tidak kunjung tiba.

Dalam ‘kerancakan’ sesi soal jawab hari itu, tup tup penyanyi pujaan semalayan ini hadir untuk menghadiri sidang media namun sayangnya hanya dibiarkan tercegat dengan muka tersengih dan ‘kelat’ di depan pintu masuk.

Hendak kata dipulaukan, agak mustahil kerana menurut omongan akan-rakan media yang senior, artis ini seorang yang menghormati media dan jarang menghampakan apabila ditemuramah.

Hendak kata tidak hebat, alamak dia ini memang acapkali memenangi anugerah dan boleh dikatakan gah di persada dunia seni nyanyian di kelasnya tersendiri. Jadi apabila ketiadaan kelibatnya turut serta dalam majlis sidang media hari itu, ia jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh pihak penganjur.

Paling mengharukan, beberapa rakan media termasuklah S sendiri yang duduk betul-betul dihadapan pintu berulang kali memaklumkan pada pihak penganjur akan kehadiran artis lelaki tersebut namun sayangnya tidak diendahkan, kerusi tambahan jauh sekali disediakan. Sehingga si artis tadi berlalu pergi. Ramai wartawan, blogggers, media penyiaran yang merungut kerana terlepas menemubual artis tersebut.

Kami dimaklumkan bahawa artis tadi lambat dimaklumkan mengenai sidang media tersebut, namun dia tetap hadir dan seperti yang S ceritakan tadi kelibatnya seakan tidak diendahkan walhal hanya di depan pintu masuk tercegat. Aiyoyo!

Persoalannya apa sudah jadi? Sepatutnya pihak penganjur perlu mengatur kelibat setiap pememang untuk ditemuramah pihak media. Apa yang berlaku jelas menunjukkan kegagalan pihak penganjur menjaga protokol sidang media sehiingga kelam kabut jadinya.

Tiba-tiba S teringat akan satu anugerah berprestij yang satu lagi, meskipun dilabel acara ‘malap’, namun pengurusan pihak penganjur dalam menyediakan para pemenang untuk ditemubual memang tahap lima bintang. Tak payah terkejar-kejar, hanya duduk, senang kerja jadinya…


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến