Chủ Nhật, 6 tháng 11, 2011

Foto Cium Selebriti Wanita & Lelaki ‘Penyelam’ Bikin Panas!

2 keping foto aksi liar seorang selebriti wanita, termasuk aksi berciuman dengan lelaki ‘penyelam’ disiarkan melalui sebuah program televisyen menjadi perbualan hangat minggu ini. Kononnya, selebriti wanita ini menyambut parti Halloween bersama rakan di sebuah pulau peranginan, atau lebih tepat di Kampung Salang Pulau Tioman. Selain daripada foto, beberapa saksi turut mengesahkan akan kehadiran selebriti wanita itu di pulau berkenaan melalui sebuah forum gosip.

Selebriti wanita yang kini memegang status janda anak satu dikatakan ‘mengilai’ lelaki penyelam yang berumur sekitar 19-20 an ini. Ada yang berkata, lelaki penyelam ini turut pernah menjadi pasangan kekasih buat seorang lagi penyanyi wanita apabila dia putus cinta dengan seorang finalis bintang realiti.

Apabila tersebarnya cerita ini, ada pihak yang mendakwa kehidupan selebriti wanita itu agak terumbang-ambing selepas mengalami penceraian baru-baru ini. Katanya, mungkin juga selebriti wanita itu cuba untuk menghilangkan ‘kenangan indah’ bersama bekas suami dengan berparti sakan di pulau peranginan tersebut.

Sehingga saat ini, pihak OHBULAN! masih gagal mengesan akan identiti selebriti wanita ini. Bagaimanapun, beberapa laman gosip yang lain sudah berspekulasikan nama seorang selebriti wanita yang turut menjadi orang penting dalam majlis anugerah baru-baru ini. OHBULAN! akan mendapatkan kenyataan sebenar daripada selebriti wanita tersebut, sama ada ia betul atau sebaliknya.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến