Thứ Ba, 8 tháng 11, 2011

Festival Filem Malaysia 24 : Filem Arahan Syamsul Yusof Dominasi Pencalonan.

KL Gangster & Khurafat arahan Syamsul Yusof dibawah penerbitan Skop Productions mendominasi 12 pencalonan utama sempena Festival Filem Malaysia (FFM 24) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya mulai 16 – 20 November 2011. 12 anugerah yang dimaksudkan ialah Skor Muzik Asal Terbaik, Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pembantu Wanita Terbaik, Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik & Pengarah Terbaik.

Syamsul yang masih terkejut dengan peningkatan jumlah pencalonan berbanding tahun lepas berkongsikan perasaan gembiranya kepada OHBULAN!, lewat petang semalam.

“Saya tak sangka filem terbitan Skop Productions menerima pencalonan sebanyak ini. Saya tak mengharapkan kemenangan, lagipun calon-calon yang ke final Top 5 memang hebat belaka. Alhamdullilah, fenomena ini menunjukkan filem tempatan menghadapi persaingan yang sihat,” ujar Syamsul yang diwawancara sejurus tamat sidang media FFM 24 di TGV KLCC.

Pengarah berbakat ini turut menyatakan pencalonannya dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik adalah rezeki buat dirinya.

“Saya lebih mengharapkan para pelakon KL Gangster atau Khurafat yang tercalon dalam kategori itu. Tapi juri sudah mencalonkan saya, jadi saya anggap benda ni sebagai rezeki.”

Menurut Syamsul, dia bukanlah tidak menghargai pencalonan tersebut, cuma minatnya lebih kepada bidang pengarahan.

“Lagipun, saya lebih cenderung kepada bidang pengarahan daripada lakonan. Apa pun, saya bersyukur.  Saya percaya ada orang yang menghargai hasil kerja saya walaupun sering mendapat pelbagai kritikan.”

Syamsul dalam akhir katanya tidak meletakkan harapan tinggi kepada Khurafat atau KL Gangster untuk memenangi anugerah kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Syamsul YusofSyamsul YusofSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến