Thứ Ba, 22 tháng 11, 2011

Ezlynn Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Fahmy.

Semalam berlangsung Majlis Pertunangan & Majlis Akad Nikah penyanyi, pelakon & pengacara Ezlynn (Azline Binti Ariffin, (30thn) dengan Adam Fahmy Bin Shamsudin (35thn). Majlis diadakan pada pukul 5.00pm di Roof Garden, Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Bin Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg. Penchala selaku Jurunikah.

Majlis turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan seramai 70 orang dan disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, iaitu En. Ariffin Bin Alang Ahmad, dan disaksikan oleh En. Mohd. Fadzil Abd Hamid & En. Mohd Rashid Marzuki.

Pihak lelaki telah menyediakan sebanyak 5 dulang hantaran berupa Mas Kahwin sebanyak RM80.00, Wang Hantaran sebanyak RM20,020.20 manakala barangan lain ialah senaskah Al-Quran, Beg Tangan dan Kasut.

Pihak perempuan pula membalas dengan 7 dulang, berupa dua naskhah Al-Quran, kain sampin songket, kemeja & cuffling, pakaian berbasikal, sepasang kasut, set haruman dan kaca mata.

Akad nikah yang berkonsepkan klasik putih, pink dan warna-warna bumi (earth colour) di ilhamkan sendiri oleh Adam & Ezlynn sendiri yang juga memakai baju melayu/kurung putih dan pink tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.

Rekaan pelamin, pada majlis pertunangan adalah berkonsepkan ‘Japanese Romance’, manakala pentas dan semua deko pada majlis akad nikah adalah berkonsepkan Klasik Kontemporari, kesemuanya di atas tajaan CheDet Butik Nasha. CheDet juga menyediakan kesemua 12 dulang hantaran bagi kedua-dua pihak.

Aksesori pula ditaja oleh Rafflesia Pearl Center, merupakan sepasang subang gabungan berlian dan dua butir ‘South Sea Pearl’. Khidmat Jurusolek kedua-dua mempelai adalah dari sentuhan Nurul Shukor.

Detik-detik pra-perkahwinan, pertunangan, pernikahan dan majlis resepsi kelak adalah dari khidmat jurugambar-jurugambar dari RED Photography. Videografi kesemua majlis ditaja oleh Avicenna Studio.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến