Kalau sudah namanya jutawan, bermandikan duit hampir setiap ‘minit’, tentunya mampu beli apa sahaja.Perihal orang millionaire ini kadanng-kadang pelik mengalahkan orang yang tidak berduit. Aktor ‘otai’, Brad Pitt misalnya salah seorang yang bijak ‘menggunakan’ duit.
Khabarnya, Brad dikatakan telah membeli sebuah kereta kebal buatan Rusia jenis T54, era Soviet yang telah digunakan sebagi salah satu prop dalam filem terbarunya, taruhan produksinya miliknya, Plan B, ‘World War Z’.
Bukan sahaja Brad, malah anak-anaknya juga dikhabarkan sudah tidak sabat menunggu kereta kereta kebal tersebut tiba di rumha mereka kerana teruja dengan idea, di mana mereka boleh bermain-main dengan bapa mereka di dalam kereta kebal tersebut.
Kenderaan perang buatan tahun 1947 ini dilaporkan sedang dikapalkan ke Los Angeles dan akan disimpan didalam kediaman Brad dan Angelina sekeluarga.
Filem, ‘World War Z’, adaptasi karya novel Max Brooks arahan Marc Foster dan diterbitkan oleh Brad Pitt bakal menemui pawagam pada Disember 2012.
Psstt: Mungkin saat ini Brad sedang gigih mengubah suai tapak garaj ‘mega’ di laman rumahnya untuk menyimpan kereta kebal Soviet ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét