Seperti yang sedia maklum Zahiril Adzim yang terkenal dengan watak Daim dalam drama Juvana bakal menamatkan zaman bujangnya bersama, Shera Aiyob perlakon film Karak pada 20 November. Kali ini OHBULAN! memaparkan foto kad kahwin Zahiril untuk pihak sebelah lelaki pula.
Konsep Classic & Vintage telah dipilih untuk kad kahwin side Zahiril. Idea kad kahwin ini telah dicetuskan setelah pasangan ini selesai melakukan pengambaran pra perkahwinan mereka pada bulan September 2011 yang lalu. Pengambaran pre-wedding pasangan artis ini telah dijayakan bersama pihak Image Creative Studios & MHpictures. Pengambaran telah dilakukan di kawasan-kawasan terpilih sekitar kawasan Shah Alam & Puchong. Hasil daripada foto-foto pra perkahwinan ini, Zahiril mula mendapat idea untuk menerapkan konsep Classic & Vintage dalam kad kahwinnya.
Sekali lagi Kadlestari.com telah diberi kepercayaan oleh pasangan ini bagi merealisasikan impian kad kahwin mereka. Perbincangan awal telah dilakukan oleh Zahiril dengan team kadlestari sekitar penghujung bulan September.
“Alhamdulillah dalam tempoh 4 minggu kad Zahiril dapat disiapkan bermula dari hari perbincangan design antara Zahiril dan team Kadlestari.com sehingga kad siap dicetak. Zahiril juga telah memberikan komitmen penuh dalam memastikan kadnya siap pada tarikh yang telah dirancang. Pihak Kadlestari.com sangat berterima kasih dengan pasangan Zahiril & Shera kerana memilih kami,” ujar En.Jamil dari Kadlestari.com
Zahiril memilih kata-kata Celebration of Love sebagai pengganti kata-kata perutusan raja sehari yang sering kali diguna pakai. Celebration of Love ini akan dilangsungkan pada 27 November bersamaan 1 Muharram 1433H. di Kelab Shah Alam Selangor. Sama-samalah kita mendoakan semoga majlis perkahwin Zahiril Adzim dan Shera Aiyob berlangsung dengan meriah dan penuh keberkatan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét