Dianggarkan 50 000 peminat membanjiri konsert ulung penyanyi lagenda Elton John yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Selasa lepas. Konsert berskala gergasi ini merupakan salah satu buah tanggan untuk buat peminat tempatan dengan persembahan lagu daripada album terbaru berjudul “The Union”, yang dilancarkan pada tahun 2010.
Lagu-lagu evergreen seperti ‘Saturday Night’s Alright’, ‘Rocket Man’, ‘Candle in the Wind’, ‘Don’t Let the Sun Go Down on Me’ dan ‘Can You Feel the Love Tonight’ turut menjadi ikon persembahannya yang sekaligus menjadikan pengalaman yang tidak ternilai buat peminatnya disini.
Konsert Elton John & Band Greatest Hits Tour In Malaysia ini merupakan projek pertama Tune Live, salah satu syarikat daripada kumpulan Tune. ‘The Union’, yang dilancarkan oleh Universal Music pada Oktober 2011 mendapatkan sentuhan daripada pemain piano dan penulis lirik terkemuka, Leon Russell. Lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, Elton John pernah merangkul 5 anugeraha Grammys, dengan unit album terjual berjumlah 250 juta di seluruh dunia dan sehingga hari ini telah membuat lebih 100 persembahan setahun.
Statistik ini meletakkan dia setaraf dengan 10 artis terbaik dalam sejarah industri muzik. Selain terkenal sebagai pemain piano paling berjaya di dunia, dia turut memegang sebuah syarikat pengurusan artis. Dia turut mempunyai sebuah yayasan AIDS yang berjaya mengutip lebih US$200 juta dana sejak tahun 1992.
Pada tahun 1997, Elton John berjaya mengutip dana berjumlah US$40 juta hanya melalui jualan lagu ‘Candle In The Wind’ sempena kematian rakan baiknya, Puteri Diana.
Jadual konsert Elton John untuk beberapa bulan akan datang amat padat termasuk dengan persembahan selama 16 malam untuk rancangan terbaru berjudul ‘Million Dollar Piano’ di The Colosseum, Caesars Palace di Las Vegas.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét