Mengimbau kembali Anugerah Skrin 2011 yang diadakan pada 4 November lepas, beberapa gambar telah diabadikan selepas pengarah terkenal & termuda tanah air, Syamsul Yusof merangkul Anugerah Yasmin Ahmad yang berprestij.
Antara filem yang berjaya mengangkat nama anak kepada Datuk Yusof Haslam ini termasuklah KL Gangster dan juga Khurafat yang mengaut keuntungan hampir RM20 Juta selepas ditayangkan.
Tak dilupakan, Umie Aida yang sudah hampir 18 tahun berkecimpung dalam industri hiburan turut merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama untuk drama ‘Airmata Nur Salina’. Kali terakhir, Umie Aida yang juga bekas finalis Dewi Remaja 1990/91 ini pernah mendapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk filem ‘Embun’ di Anugerah Skrin 2003.
Gambar terbaru Syamsul Yusof dan Umie Aida selepas ini. Yeah!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét