Pasti ramai yang hairan kan? Walaupun sudah hampir 3 tahun legenda muzik Pop ini meninggalkan kita, namun namanya masih mampu menghasilkan sebuah album yang baru.
Kali ini, dengan kerjasama jurutera muzik, Kevin Antunes, album berjudul “Immortal” ini bakal memberikan nafas baru yang lebih menarik, kreatif dan lebih segar kepada lebih daripada 40 buah lagu Michael Jackson yang hits sepanjang zaman. Dikhabarkan, Kevin mengambil masa setahun untuk menghasilkan album ini yang dibahagikan kepada “Immortal Deluxe Album” dan “Immortal Single Album”.
“Sejarah Michael sebagai penghibur terhebat sepanjang zaman adalah sesuatu yang hebat. Jelas dari awal lagi bahawa suara Michael dan inti pati muzik secara keseluruhan adalah satu-satunya sumber kreatif yang memandu projek ini. Dari studio ke pentas, ada integriti yang tidak dapat dinafikan dan kekuatan dalam persembahan vokal Michael yang ditonjolkan dalam album “Immortal”,” ujar Kevin Antunes.
Tambah Kevin lagi, “Ia dibikin dengan kasih sayang dan rasa hormat terhadap muzik, Michael, keluarganya, dan berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.”
OHBULAN! pasti album “Immortal” bakal menyentuh hati peminat Michael kerana album ini menampilkan muzik mendiang dalam versi yang baru. Ada juga rakaman yang tidak pernah didengar oleh peminat sebelum ini.
Kepada peminat mendiang Michael Jackson, anda bolehlah dapatkan album ini di kedai muzik berhampiran atau tempah secara online di Michael Jackson Global Store pada harga RM46.66 untuk album single dan RM49.65 untuk album deluxe.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét