Thứ Năm, 1 tháng 12, 2011

‘Konsert Semangat Inspirasi’ TV3 & Coca Cola Hangatkan Tahun Baru Di 4 Lokasi Serentak! Brrr!

Stesen televisyen nombor satu negara, TV3 dan jenama terkenal di malaysia, Coca-Cola, bertekad menggegarkan sambutan tahun baru di empat lokasi berbeza, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kota Kinabalu secara serentak menerusi Konsert Semangat Inspirasi pada 11 Disember ini (Ahad) bermula pada jam 9 malam.

Konsert Semangat inspirasi yang terhasil daripada kolaborasi dua jemana paling terkenal di negara ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Buka Coca-Cola, buka Semangat’ yang bertujuan  untuk memberi inspirasi kepada belia dan membangkitkan semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan melalui bahasa sejagat belia, iaitu muzik selain sebagai tanda apresiasi kepada jutaan penonton yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada TV3.

Menampilkan barisan artis hebat antaranya Tomok, Bunkface, Meet uncle Hussain, Wings, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Black dan ramai lagi, Konsert Semangat Inspirasi yang bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari bukit Equestrian Indoor Arena, Kuala Lumpur turut mempersembahkan band Rock Indie Britain, One Night Only!

Tiga lagi ‘gegaran’ lokasi Konsert Inspirasi Semangat dapat dirasai di Times Square, Pulau Pinang menampilkan barisan artis seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Azlan & Typewriter dan Adi, manakala di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bharu pula menampilkan Black, Mohd, Shiha dan Modread. Seterusnya di Padang Merdeka, Kota Kinabalu menampilkan Najwa Latif, Sofazr, Awi Rafael serta anak watan Sabah sendiri, Stacy.

Jadi jangan lupa hangatkan Konsert Semangat Inspirasi pada Ahad depan, 11 Disember 2011, pada jam 9 malam! Pilih lokasi pilihan dan bukalah semangat anda! Brrr!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến